Siri karya ini merupakan sebuah koleksi potret yang diperbuat daripada kertas-kertas yang dilipat kecil membentuk potret-potret diri dan keluarganya. Di setiap helaian kertas tersebut, terdapat kata-kata mutiara yang diwarisi dari keluarganya sejak turun-temurun.
Pada pendapat anda, apakah yang cuba disampaikan oleh seniman ini? Apakah perasaan anda apabila melihatnya?
Dengan melihat kepada potret diri seniman atau adiknya ini, apa yang boleh kita tahu tentang diri dan/atau keluarga seniman ini?
Pada pendapat anda, apakah kepentingan potret dalam bidang seni? Apakah tujuan seniman ini menulis kata-kata Mutiara dalam karya tersebut? Apakah kaitan kata-kata yang tertulis itu dengan identiti?
Walaupun karya ini mencerminkan kehidupan peribadi si seniman, karya seni adalah bersifat subjektif dan memberi makna yang berbeza kepada pengamat yang berbeza. Selepas melakukan perbincangan ini, apakah makna karya seni ini kepada anda?
Tugasan
Dengan menggunakan bahan-bahan berbeza, cuba hasilkan kolaj potret diri yang mencerminkan identiti anda. Hasilkan juga potret ahli keluarga anda menggunakan cara yang sama.