Nik Zainal Abidin merupakan salah seorang seniman terawal yang menonjolkan seni Wayang Kulit. Dalam karya cat air ini, beliau melukiskan pelbagai watak patung wayang dalam bentuk dua dimensi, termasuklah lukisan Hulubalang Kera yang diilhami dari watak Hanuman, salah satu watak utama dalam Hikayat Ramayana. Sewaktu kanak-kanak, ayahnya yang merupakan seorang dalang sering membawa Nik Zainal menonton persembahan Wayang Kulit di seluruh Pantai Timur. Karya-karya beliau yang banyak terilham dari watak-watak Wayang Kulit mencerminkan penglibatan awalnya dalam seni tradisional Melayu.
Nik Zainal Abidin Nik Mohamed Salleh (l. 1933 - 1993, Kelantan, Malaysia) merupakan seorang seniman yang belajar dengan sendiri. Beliau merupakan orang pertama yang menerapkan bentuk-bentuk kesenian tradisional ke dalam seni halus moden. Walaupun tidak pernah mendapat pendidikan rasmi dalam Seni Halus, beliau pernah diupah oleh Perdana Menteri pertama Malaysia iaitu Tunku Abdul Rahman untuk menghasilkan “Kunci Ibu Kota”, iaitu cokmar Yang di-Pertuan Agong. Beliau juga merupakan pelukis mural yang terdapat di dinding sayap Barat Muzium Negara. Beliau pernah bertugas sebagai juru lakar di Muzium Negara, dan merupakan salah seorang daripada Wednesday Art Group yang diasaskan oleh Peter Harris. Beliau memenangi Hadiah Pertama di anugerah Merdeka Independence Art pada tahun 1967 dan mewakili Malaysia dalam Ekspo Dunia di Osaka, Jepun, pada tahun 1970.
https://www.pressreader.com/malaysia/the-star-malaysia-star2/20130526/281603827999870
The 1980s as (an Attempt in) the Decolonialization of Malaysian Art. 2020. Dr. Sarena Abdullah.
Contemporary Artists Of Malaysia: A Biographic Survey. 1971. Dolores Wharton.